Sunday, 13 October 2013

PERSAHABATAN BUKAN PERSINGGAHAN DI TEPI JALAN



TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan..

dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati..

saya dan awak..

dalam 2 hati TUHAN berikan 3 rasa..

kasih,sayang, dan kasihan..

dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan..

berkenalan,bertemu,berkawan,bersama..

dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan..

teman baik selalu di sisi..

dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian..

sayang,kekal,setia,mengerti,mengingati,menghargai..

serta dalam 6 perkataan itu tersimpul 7 huruf..

iaitu SAHABAT :)

sorry... :'(

have nothing going on besides just talking about your thoughts and prayers are with the choice of your heart after I knew everything and after you're honest with me ...

sorry, but can not because he wanted to become BFF anymore because we're not like before ... Now this all has changed ..

aku terpaksa undur diri supaya aku boleh tgk kau happy dengan orang lain, bukan aku.. sebab aku tahu yang itu lebih terbaik.. cukup lah aku korbankan hati perasaan aku demi nak tgk kau happy.. even berat aku nak laluinya..

sebab apa aku kata berat? sebab aku tunggu kau dengan hati perasaan bertahun.. aku akan berusaha utk lupakan segala2nya.. sebab bagi aku tak ada apa aku nak simpan.. and now, aku akan bawak diri aku jauh dari hidup kau... aku tak kan ganggu kau lagi..dont worry... after this, kau xkan dengar cerita pasal aku lagi, n kau xkan jumpa bayang aku lagi..

maaf jugak sebab aku panggil kau kambing...fikir negatif pasal kau... selalu cari pasal dengan kau.. sorry sangat... :')

tapi aku bersyukur sebab dapat kenal kau,sebab kau xpernah marah aku..tahan dengan perangai aku.. even kadang2 aku ni terover bila bercakap n bergurau... at least aku xpernah hipokrit dengan kau... thanks so much! hanya Allah je boleh balas kebaikan kau..


sejujurnya, aku sayang kau tapi aku xboleh ikotkan perasaan aku.. betul la org kata kalau kita sayang sangat, one day kita akan sakit sangat.. banyak kali aku mengalirkan air mata sebab ni.. and now?? i feel that.. kali ketiga aku rasa macam ni.. aku ingat sebelum ni aku xkan rasa macam tu lagi..tapi..rupa2nya aku rasa lagi perit tuu.. xpela.. dah takdir hidup aku macam ni.. ya Allah! :'(

aku xtahu lah lpas ni macam mana life aku..aku harap aku boleh kuatkan hati n diri aku.. in shaa Allah! xde ape yang mustahil kan,,, just smile..

haaa...lagi satu,ain xpernah tahu pasal ni walaupun bnda ni da btahun.. banyak kali aku menafikan even aku bnyak cerita sal kau kat dye... tapi dye memang kawan yang baik sangat.. kawan paling terbaik yang aku pernah jumpa.. aku xtahu nak cakap dekat dye bila dah jadi camni..maybe masa utk kite berterus terang dengan dye,, lagipon da xde ape nak dirahsiakan kan? xpela, sal ain aku akan ceritakan kat dye slow2... hmmm :)

aku harap kau sekarang ni happy, aku xnak kau fikir pasal aku lagi, thanks jadi BFF pada suatu ketika dahulu,, jaga diri, jaga solat k,  selalu maafkan kesilapan seseorang ok, jangan pendam... nanti kau yang sakit.. haa... ingat! Allah sentiasa ada dengan kita.. :) walau kita tengah senang atau susah..kita kena ikot apa  yang disuruh... SOLAT tu penting..  pape pon gud luck for exam n LI k.. do the best,,,

Saturday, 12 October 2013

WHY???

Assalamualaikum....

semakin nak final exam ni, penuh dugaan kau beri ya Allah!
aku tahu kau bagi semua ni sebab KAU tahu yang aku mampu terima ujian ni... bersyukur ya Allah!
akhirnya, kau da bagi petunjuk yang selama ni hamba Mu ini hanya berada didunia khayalan...
thanks Allah!

in shaa Allah...
aku akan dapat lalui semua ni.. even berat bagi aku.. xde perkara yang impossibble... setiap masalah pasti ade penyelesaiannye.. :)

S.U.K.D ???
aq tahu sape, cume dye xnk bgthu aku kan...termasuk lah kawan dye sendiri bila aku tanya xnak jawab.. huuuuu... sekarang aku da tahu sendiri.. lagi perit rasa nye.. sabar wahai hati... semuanya ada hikmah...
tapi xsangka dye boleh buat aku macam ni bertahun aku knal dye.. baguslah permainkan hati seorang perempuan.. kan lebih senang berterus terang daripada kaumenipu aku macam ni.. puas hati kau sekarang kan??? lihat seorang perempuan yg penuh berharap dengan kau, yg selalu bantu kau, yang selalu dengar masalah n pendapat kau.... thanks sangat... seriously xsangka...

kau nk tgk aku pergi dari hidup kau kan??? ok, aku akn pergi.. mungkin itu yang buat kau bahagia n apa yg kau nantikan da bertahun... baiklah.. im go away from ur life.. aku xkan pernah muncul dalam hidup kau lagi... apa yang kau bagi kat aku selama ni aku akan pulangkan.. tunggu aku balik poli nanti..kau akan dapat balik segala2nya apa yang kau bazirkan dekat aku.. aku sendiri yang bagi kat kau nanti.. tanda aku hargai kau seorang lelaki...

aku mudah memaafkan kesilapan orang tapi aku mudah utk membenci lebih2 lagi orang yang menipu aku..
sejahat2 aku, aku belum pernah nk khianat dekat orang n jgn sampai aku buat mcm tuuu k...

aq xsangka, depn mata kau yg kau knal da bertahun kau tolak.. yang kau knal bape lme kau terima..kan senang dari awal kau ckp kat aku yg kau xkan terima aku.alasan kau,law ada jodoh,ada laaa..hmm.. xdela aku nk berharap kat kau bertahun,tunggu cinta kau utk aku.. wow! great job! aku suka dengan cara kau... sangat menyerlah perwatakan kau dekat situ sebagai seorang lelaki... tak pela, aku faham....

aku faham sebab ape kau tolak aku.. aku tahu apa yang lalaki nak terhadap seorang perempuan... tapi kau xpernah tahu kan sebab apa aku nk dekat kau kn??? sebab kau xpernah ade hati dekat aku n sekarang ni kau akan nmpak siapa yang EGO sebenarnya... tak pela... pape hal tahniah! ucapan tahniah aku untuk segala2nya...

cukup puas bermain dengan dunia penipuan.... ya ALLAH! kau ampunilah dosa hambamu ini jika hambamu ini berlaku jahil dan keji,,, jauhkanlah aku dari perkara2 yang membolehkan hamba Mu ini melakukan sesuatu diluar jangkaan...kau kuatkanlah hati, dan iman ku..


Allahumma yassir, wa la tu'assir
.aminnnn~~~

Sunday, 6 October 2013

SAHABAT by izyan


Kita sebagai sahabat.


Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum.




Ruang kali ni aku nak berdebat mengenai tajuk yang cukup simple, iaitu sahabat. Sahabat dengan kawan dengan teman dengan member dengan rakan tak sama ke? Bahasa apa yang kau guna ni naharom? Okay, let's face it. Setiap manusia di muka bumi ni, tak kira kat ceruk mana pun, MESTI akan pernah menjadi sahabat kepada seseorang kan? Persoalan aku di sini, adakah kita sahabat yang baik? Tolong, jangan persoalkan kawan kawan aku tu pulak baik sangat ke kat aku? Jangan. Itu bukan main point aku dan bukan apa yang aku nak debatkan. Lantakkan pemikiran mereka, kita adalah kita kepada mereka, keikhlasan kita kepada mereka, dengan nama sahabat. Ini adalah pemerhatian aku untuk menjadi manusia yang lebih baik, sahabat yang lebih baik.










Satu, KITA BUKAN SAHABAT, KITA ADALAH ORANG ASING YANG MEMILIKI KENANGAN.Pertama, jangan pelik dengan bahasa di atas. Itu adalah direct translation aku terhadap quote 'We're not friends, we're strangers with memories'. *How the hell i'm going to say it without sound like a bimbo, LOL* Apa penekanan aku kat sini adalah kenangan. Please people, jangan nafikan betapa pentingnya, indahnya, sempurnanya, banyaknya kenangan anda bersama rakan-rakan anda. Sejak tadika sampai memasing masuk U, kahwin then bercucu cicit, kadang kadang a person can memorize that one foolest memory with his friend for the rest of his life & can tell them back to their grandson without failure! Highlightnya di sini, sahabat yang baik akan mengambil berat setiap kenangan, dikutip satu satu dan dilakar di atas kanvas. Kenapa ada orang asing di atas itu? Sahabat yang kita kenal takkan selamanya menjadi orang yang sama yang kita kenal dulu. Manusia berubah. Sahabat juga berubah. Kita jumpa balik kawan sekolah rendah kita yang dah 20 tahun tak jumpa, then apa ayat first kita? Heyy, kau Wawa yang same same letak gam atas kerusi cikgu dengan aku dulu kan? How are you babe, long time no see! See? Itu kenangan. Tak mengapa kalau cuma kita yang menyimpan kenangan itu, kerana itu tandanya kita masih menghargai mereka yang kita anggap sahabat.










Dua, SIAPA SAHABAT KITA?Still, aku masih bercakap mengenai psikologi. Macamana aku nak faham dia kalau dia pun tak pernah nak paham aku. Nak aku ikut cakap dia je, pegimam. Apabila kita menganggap seseorang tu sebagai sahabat, kita takkan ada pemikiran durjana seperti itu. Kenapa? Sebab sahabat adalah hubungan yang terjalin atas dasar persefahaman dan penerimaan antara satu sama lain. Biar kita faham dia dulu, biar kita yang susah dulu, biar kita yang absorb perangai dia dulu, biar kita. Once kita dapat tackle perangai dia, tindakan kita akan jadi lebih mudah dan kita juga di pihak upper hand. Kalau dia seorang yang gemar bermuka-muka, nah, tunjukkan padanya betapa dunia ini lebih kejam dari dirinya. Kumpul semua sahabat anda, berikan pertunjukkan bermuka muka secara berjemaah kepadanya depan depan. Bila dia rasa sakitnya, dia tau bila dia nak berhenti. Kalau dia seorang yang perasa, sentuh pasal itu ini tak boleh, kita kurangkan sentuhan, lebihkan pendengaran dan kawal keadaan. Nampak sifat matang terserlah. Kalau dia seorang yang penyegan, sampai macam taknaklah kita duduk situ, segan ada group lain. taknaklah makan kat situ, segan macik tu tengok, then ajar dia perlahan lahan apa erti segan sebenarnya. Bring her to the world and how to face them in a good way. Terima diri rakan anda seadanya sebagaimana anda mahu dia menerima anda. Kita mahu benda yang baik dari dia, kita mulakan dulu benda baik tersebut.










Tiga, MENJADI DIRI SENDIRIPatah perkataan yang paling banyak disebut. Percaya cakap aku, hidup manusia akan jadi lebih mudah kalau manusia menjadi diri sendiri. Satu contoh paling senang, heyy, kau makin cantik sekarang. Tengok ni, makin kurus. Cemburunya aku.Compare dengan ni. Woi lahabau, lame seyhh tak jumpa. Apa cer? Wahh, kurus keding kau sekarang, mak tak bagi makan ke? Hahaha. Bagitau aku yang mana lagi jujur. Okay, korang pernah dengar tak bende alah ni? Kawan akan katakan apa yang kita ingin dengar, manakala kawan baik akan katakan apa yang kita taknak dengar dan kita masih menerimanya. Ini ialah sahabat. Benamkan ini dalam hati. Tak perlu menjadi sahabat yang beriya memuji dan memuja sedangkan kita sendiri tidak menganggap dia sahabat sebenar. Jangan kalian. Kita menipu diri kita dan menipu dia. Fikir balik, pernahkah kita berjumpa sahabat sahabat karib kita yang dah berkawan sepuluh tahun dan kepala sama wengg tapi sibuk nak membina ayat dalam kepala otak nak cakap sesuatu yang boleh buat dia impress? Pernah? Pegimam. Kadang kadang sahabat tak perlukan ucapan terima kasih pun atas sesuatu pertolongan. Dan lebih menaakjubkan, sahabat akan tau apa masing masing sedang fikirkan hanya dengan melalui lirikan mata. *Wow, patrick & spongebob friend type achievement: Unlocked*










Empat, SETIAAku hengat kapel kapel ja kena setia, member pun ade perkataan setia ekk?Menjadi sahabat yang baik bukan bermaksud kita ada masa dia happy jaa, pun bukan takat masa dia sedih ja, sahabat yang baik ada pada setiap saat dia diperlukan, bukan semestinya hadir sebagai jasad tapi turut dalam doa. *Hamek kau ayat aku takde noktah.* Otak aku sering menyatakan kaum lelaki lebih setia dalam persahabatan. Korang pun nampak, diorang senang ngam, gaduh 5minit pastu baik balik, bertumbuk harini esok bergelak. Nampak kan nampak kan? 'Bro, tayar wa pancit ni, lu katne? Tolong boleh?' 'Beres, 5 minit wa sampai.' 'Hoi puki, kau kat mane, lepak aa jom. Geng semua dah ade ni, turun laa.' 'Aku takde transport aa geng, sorry laa. Laen kali la.' 'Ekelehh, halo halo la. Cakap macam rumah kau kat Havana sana. Tunggu, 10minit aku sampai. Siap aa.' Nampak kan? Kat sini bukanlah bermaksud perempuan tak pandai jaga persahabatan. Bukan girlfriends, sama sekali bukan. Cuma perempuan masih perempuan. Mereka mempunyai tahap emosi dua kali ganda yang sukar dikawal dan sering terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Mereka mampu setia, tapi tunggu bergaduh bertarik rambut dan tak bertegur 2 bulan dulu. Itupun kalau masih nak bertegur. Jaga persahabatan korang ibarat lepas ni dah takde siapa yang nak kawan dengan korang.










Lima, BUANG KEJAHATAN DALAM DIRISerious mood on. Jom imbas balik, terlalu banyak kejadian kejahatan yang kita lakukan terhadap rakan rakan kita, secara sengaja dan tak, secara berterusan dan kadang kadang. Jangan geleng, jangan pandang tepi, jangan nafikan. Kita sama je. Kita tipu dia, kutuk dia depan depan, kutuk dia lagi belakang belakang, bocorkan rahsia dia, fitnah dia, mainkan dia sampai menangis, perlekehkan dia, meraikan kekurangan diri dia. What the hell were we doing people?? Kita gelar mereka sahabat, dan bagaimana menipu mereka membuktikkan kita sahabat? Mereka manusia, kita juga. Kita bagi mereka kepercayaan dan kita juga yang runtuhkan kepercayaan itu. Mohon, sesiapa yang terasa sekarang teruskan penyesalan anda. Teruskan.






Ini beberapa tip yang aku dapat kumpul. Dot satu, sentiasa fikirkan kebaikan dia dan sentiasa fikirkan keburukan kita. Dafuq, over my dead body nak aku pk camtu. People, this is how life should go on. Memang, sekali imbas, beberapa kali imbas pun benda ni tak adil. Fikir sekarang, focus on my next statement and imagine. Ambik sorang kawan baik kita, then fikir semua benda baik yang dia buat untuk kita. Semua k. Then, guna side lain dalam otak kalian, fikir pulak semua benda jahat yang kita buat belakang belakang kat kawan kita tu, highlight BENDA JAHAT. Semua k. Now, sesiapa yang rasa dia bersalah, you're still human. Ya Allah, jahatnya aku, dia tolong aku siapkan kerja aku sampai dia kena marah sebab balik lambat, dia tertinggal bas, aku pulak kat belakang kutuk dia depan budak kelas lain. Ini hasilnya. Kita muhasabah. Kita tau silap kita. Kita tau kebaikan dia. Kita berfikiran baik terhadap dia. Kita mensyukuri kehadiran dia. Ini sahabat. Biar kita nampak macam kita memperkecilkan diri kita, tapi kita menghargai jasa dia. Dot dua, menjadi minyak wangi. Dah kenapa aku kena jadi minyak wangi. Beli je tak boleh? Palehotakau. Apa yang aku nak singkap, sahabat yang baik akan turut membawa kebaikan untuk kawannya secara tak langsung. Macam kita pakai minyak wangi, kawan yang dekat dengan kita akan sama sama bau wangi. Bagus kan? Kita buat benda baik dengan niat dia juga akan dapat manfaatnya walaupun sebenarnya dia tak sedar. Biar dia tak sedar, biar. Sebab kita tak perlu menunjuk pun kalau nak buat benda baik. Jadilah minyak wangi kepada sahabat anda, yang apabila anda pergi satu masa nanti, dia tercari-cari harumnya anda dan merindui wangian kebaikan anda. Dot tiga, sentiasa mengingati dan mendoakan. Mengingati di sini bermaksud, setiap kali anda ingin membuat perkara baik, ingatkan dia, ajak dia untuk turut serta. Minggu ni surau kat kampung aku ada buat Maulidurrasul. Datang lahh, teman aku, please. Comel kan? Kita mendapat pahala kerana mengajak dia membuat pahala. Mendoakan sahabat pulak benda yang sangat simple tapi sangat berkesan. Aku takpayah hurai panjang panjang, kalau kita tak mampu nak ubah sikap negatif kawan kita, jangan kata pegi jahanamlah, tak mati la weh aku tak kawan dengan orang macam kau, sebaliknya doakan. At the end of the day, manfaat itu akan datang balik kat kita.










Since aku tau ramai yang malas nak baca panjang panjang, aku limitkan sampai sini je.Thank God, kalau dia sambung ntah jadi bape muka surat *Terima kasih sedarkan aku, LOL* Bebelan di atas bukan bermaksud akulah yang paling hebat sebab aku yang taip. Wtf korang taktau nak jadi manusia macam aku. BUKAN. Aku juga belajar. Sebab perkara semacam perasaan manusia ini amat umum dan universal. Sebab itu kami *ceh kami*, tidak menerobos topik berkaitan cara mendapatkan kawan yang baik atau jenis sahabat yang sesuai dengan anda. Sebab diri kita yang kena mula dahulu jadi sahabat yang baik untuk mendapat sahabat yang baik. *word


limit, perkataan depan semua pakai sebab, lol* Last part, sepanjang pembacaan di atas, adakah anda lebih banyak bertanya diri sendiri bila isi isi penting itu menjurus ke arah anda? Itulah level anda sebagai sahabat. Adakah anda mengingati beberapa orang yang sama, yang familiar dalam benak kepala anda? Itulah sahabat yang anda rasa paling rapat dengan anda. Adakah anda baru tersedar beberapa perkara dan mengakuinya? Itulah langkah anda menjadi sahabat. Terima kasih kerana sudi membaca. Peace!





the end~~~

assalamualaikum... salam blogger...

rasa nya dah lama tak update blog...
terlalu busy yang amat, biasalah student kan???
tu yang busy mengalahkan menteri...... *cewwwwaaahhhh

sebab apa tjuk update"THE END" ???
sebab semuanya da berakhir, da tak ada apa yang nak dipuja n disanjung lagi... lumrah hidup sebagai perempuan bila disakiti oleh seorang lelaki... even dia rasa hanya benda kecik je tapi kecik tu lah yang jadi besar, dan sekelip mata boleh mengubah segala-galanya...

lama dah pendam perasaan even hati mengatakan tak mungkin terjadi dan berlaku... see now??? hahaha!! sia2 semua tu... bertahun buang masa dengan perasaan... bertahun berusaha, bertahun fikir positif,,, bertahun mengharap.... rupa2nya semua tu hanya mainan perasaan... even dari mulut mengatakan hanya kawan je..tapi hati??? xde sape yang tahu... share mcam2 perkara duka,,gembira,,marah,,perasaan tak puas hati...segala2nya... rupa2nya hanya sementara je semua tu.. so sadddd... :'(
ni lah orang kata, jangan terlalu sayang, nnti 1 hari akan sakit hati sangat2 bila dikecewakan... ni lah padahnya harapan terlalu tinggi menggunungggg....
orang yg bg semangat belajar, akhirnya pergi mcm tu je... rupa2nya selama ni kita yg terhegeh2,,,bertepuk sebelah tangan... tak pernah berkira bila dye perlukan pendapat, sentiasa ade utk dye.. tapi dye??? hmmm selalu fikir positif... walaupun hati ni kecewa dye axde utk kite bila saat kite perlukan dye..

wahai hati, bersabarlah.... xsemuanya didalam dunia ni indah2 belaka... jika diberi peluang untuk hilang ingatan dan tiada perasaan, aku akan terima dengan terbuka... satu2nya jalan yang terbaik utk diri aku... sebab aku memang lemah dengan perasaan..aku xkuat utk terima semua tu... even dye xminx semua ni, tapi aku dapat rasakan yang dia xpernah perlukan aku sama sekali... aku hnya menserabutkan je... just smile HANIZA... ini petanda kau kena jauhkan perasaaan utk mudah jatuh hati kepada lelaki mungkin...jika betul, hanya mampu berserah pada Allah..,

ada kalanya menangis itu melegakan hati yang di uji. dengan izin Allah, hati terasa lebih lapang dan kembali kuat menghadapi ujian...sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita...

*when u care for someone more than they deserve, u get hurt more than u deserve... - sedang mengalaminyaaaaa :(

CINTAILAH AKU KERANA ALLAH~~~