Monday, 29 July 2013

for my self!!!

LIVE WITH INTENTION.
WALK TO THE EDGE.
LISTEN HARD.
PRACTICE WELLNESS.
PLAY WITH ABANDON.
CHOOSE WITH NO REGRET.
CONTINUE TO LEARN.
APPRECIATE YOUR FRIENDS.
DO WHAT YOU LOVE.
LIVE AS IF THIS IS ALL THERE IS.

Thursday, 18 July 2013

salam jumaat ♥

Ketika aku mohon pada Allah kekuatan , Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat . Ketika aku mohon pada Allah kebijaksanaan , Allah memberiku masalah untuk aku pecahkan . Ketika aku mohon pada Allah kesejahteraan , Allah memberiku akal untuk berfikir . Ketika aku mohon pada Allah keberanian , Allah memberiku kondisi bahaya untuk aku atasi . Ketika aku mohon pada Allah pertolongan , Allah memberiku kesempatan . Ketika aku mohon pada Allah sebuah cinta , Allah memberiku orang-orang yang perlukan bantuan untuk aku tolong . Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu . Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui . Segala kekurangan mohon dimaafi , segala kelebihan amat aku syukuri , segala keburukkan kelemahan diri IZA sendiri dan segala kebaikkan ianya kurniaan daripada Illahi . Aku tak pernah menerima apa yang aku pinta tetapi aku menerima segala yang aku perlukan . Doaku sudah terjawab . Terima kasih Allah , Assalamualaikum ♥

Tuesday, 9 July 2013

cita-cita dan cinta by rabbani


cinta dan cita-cita

Dalam mengejar cita-cita, tipu la kalau cakap dah tak ada hati untuk mengejar cinta.. tapi bila difikirkan balik, mengejar cita-cita lagi penting rasanye buat masa sekarang bagi saya, walaupun teman-teman dan rakan-rakan seangkatan dah ramai yang ada baby, yang dah kawen, yang dah tunang, yang dah ade boyfriend...saya perlukan ilmu untuk semua itu... bila fikir balik, adakah saya mahukan boyfriend? hati saya menjawab, tidak...saya tidak perlukan boyfriend, kerana saya inginkan seorang SUAMI...bukan BOYFRIEND... 

kerana saya yakin dan pasti, jika ALLAH dah tetapkan dia bukan untuk kita, walaupun berpuluh tahun couple, memang tak akan kemana. jika ALLAH dah tetapkan dia untuk kita, pasti pertemuan yang singkat dan tanpa hubungan percintaan sebelum kawen pun pasti kita akan bahagia..

Dalam mengejar cita-cita, dunia hanyalah buku,kuliah, kawan-kawan, assignment, test, exam...tapi facebook termasuk gak la..hehehe... Perkara yang menjadi masalah dan perlukan pemikiran dalam mengejar ilmu adalah masalah kewangan. itu pun bukan nya selalu, biasanya bila hujung-hujung sem je masalah ni datang... masalah lain seperti masalah kecik-kecik dengan kawan dan family adalah perkara yang boleh membuatkan diri kita lebih matang dalam kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah untuk menghadapi hari yang mendatang... 

masa mengejar ilmu adalah masa yang saya rasakan inilah masa untuk saya mempersiapkan diri dengan segala perkara yang akan berlaku pada masa akan datang... memang la kita tak tahu apa perancangan ALLAH untuk kita dan sebab itulah kita perlu persiapkan diri kita dengan Ilmu pengetahuan supaya ia menjadi panduan dan petunjuk jalan jika kita tersesat di hari yang mendatang..

ILMU... perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita..tidak kira kehidupan di dunia ataupun kehidupan di akhirat sana...dengan ilmu yang bermanfaat, In Shaa ALLAH, hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat... oleh itu, untuk melangkah ke mana-mana alam pun kita memerlukan ilmu sebagai panduan.. untuk melangkah ke alam pekerjaan, perlukan ilmu...untuk melangkah ke alam rumahtangga, kita juga perlukan ilmu...untuk melangkah ke alam kubur sekalipun, kita mesti ada ilmu.. so, buat masa sekarang siapkanlah diri dengan ilmu.. :)

Balik kampung, orang tanya bile nak kawen? jawapan yang terbaik yang saya dapat daripada Prof Dr. Muhaya adalah...in Shaa ALLAH, akan datang masanye nanti...ye, kalau nak fikir pasal orang cakap,orang tanye ni memang pening kepala dibuatnye...kalo tak kawen lg, orang tanye kenapa tak kawen lg, kalo dah kawen, orang tanye kenapa hantaran murah sangat...kalo dah kawen lame sikit, orang tanye kenapa tak ade baby lagi..kalo dah ade baby lak, orang cakap lak ramainye anak dia...so, memang tak akan sudah dan tak akan ada pengakhiran kalo kita nak fikirkan apa orang tanye, kata dan cakap...apa yang penting, semuanya kita serahkan kepada ALLAH...kerana ALLAH maha mengetahui yang terbaik untuk kita...

keinginan tu mesti la ada...nak kawen...nak ada family sendiri...nak ada baby2 comel...keinginan tu lagi2 la tinggi apabila tengok kawan2 yang dah kawen..bahagia je nampak walaupun mereka ada rumah yang sederhana...ada baby comel.. tapi bila fikir balik,adakah ilmu yang saya ada ini sudah mencukupi untuk saya melangkah ke alam rumahtangga....jawapanye mestila tidak. itu sebabnya ALLAH tidak temukan lagi saya dengan sesiapa yang ALLAH kehendaki. yakin dan pasti bahawa ALLAH telah SAVE kan seseorang yang istimewa untuk kita. apa yang penting, DELETE segala perkara yang kurang baik. UPGRADE diri dengan perkara-perkara yang baik dan semoga ALLAH permudahkan usaha kita untuk SEARCHING seseorang yang baik jugak...

Saat ilmu yang dituntut, Usah biar cinta melutut~~~



Salam to all readers~


Antara cinta dan cita-cita. Kedua-duanya saling berkaitan. Sudah pasti kedua-duanya juga yang kita inginkan. Memang menjadi fitrah setiap insan ingin rasa untuk dicintai. Tak salah untuk bercinta, tapi jangan sampai cita-cita kita terabai. Cinta pasti datang bila masanya tiba, tapi cita-cita takkan datang bergolek tanpa usaha.

Cinta yang hadir saat kita sedang berusaha menggapai cita-cita itu adakalanya memberi 1001 kebaikan, tapi terkadang ada juga yang membawa beribu keburukan atau penyesalan. Diri sendiri perlu bijak dalam menilai cinta dan cita. Jangan terus hanyut memburu cinta hingga lupa menggapai cita-cita. Usah terburu-buru juga mencari cinta, takut kelak diri kan merana.

Cinta terkadang ketawa, tapi terkadang juga membawa duka. Berhati-hati memberi cinta, usah sampai ada hati yang kecewa terluka. Andai berusaha ke arah menggapai cita-cita, usah turut kata cinta. Jika benar ingin bercinta, pastikan ianya memberi semangat buatmu, bukan sekadar cinta yang hanya suka-suka. Terkadang cita-cita itu menjadi penguat cinta, begitu juga sebaliknya.

Bercinta biar punya cita-cita, jangan bercinta sekadar suka-suka. Bersemangat dalam mengejar cita-cita, dan lebih elok menyimpan cinta itu ke arah yang halal nanti. Duhai hati, bersabarlah. Tak bercinta, tak bermakna kita tiada orang yang suka. Mungkin belum tiba waktunya lagi. Kejar cita-cita dahulu, baru kejar cinta.

Tapi bila kamu berada di persimpangan yang mengundang dilema antara cinta dan cita-cita. Kamu harus bijak memilih. Jika cita-cita yang menjadi pilihan, tak bermakna cinta diketepikan. Dan apabila cinta yang menjadi pilihan, tidak bermaksud juga cita-cita diabaikan. Seimbangkan kedua-duanya, biarlah cinta dan cita-cita itu seiring jalannya, jangan berat sebelah. :')

the best friend!



Sesetengah orang cakap,"aku ada kawan baik,tapi kawan karib takda", "kau kawan baik aku dunia akhirat", "aku banyak kawan rapat,tapi aku ada sorang je bestfriend". Sebenarnya macam mana kita mendefinasikan kawan tu? Kawan baik tu sama ke dengan kawan rapat? Kawan karib tu sama ke dengan bestfrind? Kawan sejati tu sama ke dengan kawan dunia akhirat?


♥Bagi aku kawan rapat tu adalah kawan yang rapat dengan kita..Mungkin waktu sekolah, sekelompok itu la kawan rapat kita,bila dah kerja,sekelompok itu la kawan rapat kita.

♥Bagi aku kawan karib tu adalah kawan yang kita boleh bersembang macam-macam dengan dia,boleh cerita pasal family,boleh cerita pasal love story,boleh kongsi cerita sedih.Dan kita boleh buat apa saja dengan dia.

♥Bagi aku bestfriend tu adalah kawan dimana dia akan sentiasa ingat pada kita tak kira kita dah belajar tempat lain,kita ada kawan-kawan kita sendiri,kita ada hidup kt sendiri,tapi in the end,dia akan call kita,ajak kita keluar,tanya pasal life kita sekarang. Kita jugak xsegan silu nak cerita macam-macam kat dia.


Dan setiap jenis kawan ni akan berubah mengikut masa. Maybe sekarang dia kawan rapat kita,esok-esok mungkin dia bestfriend kita.

buat seorang hamba yang kerdil!

RAMADHAN DATANG LAGI!!!



Salam Ramadhan 1434H kepada semua umat Islam.

Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat kita semua. InsyaAllah :)




اهلا وسهلا يا رمضان :)


Buat kali ke 3 berpuasa di perantauan dan tidak dapat menyambut puasa bersama keluarga... inilah lumrah seorang STUDENT! yg penting ALLAH sentiasa ada disisi kita!


* "Barangsiapa berpuasa Ramadhan dngn penuh keimanan dan mengharap pahala, niscaya akan diberikan ampunan kpdnya atas dosa2nya yg telah lalu"

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)



changing!

alhamdulillah,

masih dipanjangkan umur dan diberri peluang utk bernafas dimuka bumi Allah ini..
rasanya da lama tak update blog... hewhew..busy n tiada kesempatan utk bukak blog...
now, aku da masuk politeknik n skrg tahun ke 3 semester ke 5..
by the way, hari tu tgk student senior konvo rase bertambah semangat utk belajar n berazam utk mencapai kejayaan tersebut... *mesti family happy especially mak abah aku... :')

banyak dugaan aku alami n aku tempuhi bila berada di shah alam ni... tambah lagi keadaan peraturan yg sangat ketat di kamsis ni.. aku berharap sangat dapat duduk dikamsis ni dgn hati yang sabar dan sanggup menempuhi dugaan walaupun sebesar mane pun... Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya... just smile n always pray... it must be DO it!

satu per satu dugaan aku alami... tapi tidak bermakna aku akan berputus asa.. hanya mampu berfikiran positif apabila terjadi sesuatu pada diri aku... tipulah kalau perasaan sedih tu x ada dalam diri aku... seriously aku memg suka pendam apabila aku dialami masalah tapi PENDAM tu la yang membuat kan hati kita berdendam... aku cuba utk elakkan semua tu berlaku dalam diri aku..tak kesahla apa org nak cakap pasal diri aku... itu hak masing2...

hanya mampu berdoa agar dikuatkan iman dan sentiasa melakukan perkara yang terbaik dalam diri..